McDonald's Larang Kek Tak Halal Masuk Premis, Ini Komen MENGEJUTKAN Menteri !

Tags

KEPUTUSAN McDonald’s melarang pelanggan membawa kek yang tidak ada status tanda halal masuk ke dalam premis dianggap tidak sesuai.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu menjaga perasaan rakyat bukan Islam kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

"Tindakan ini akan memecahbelahkan struktur masyarakat kita dan ia tidak akan mendatangkan sebarang manfaat dalam dasar Transformasi Negara (TN50) yang diasaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Dengan pelbagai larangan yang tidak bersesuaian akan menjejaskan negara Malaysia yang kita cintai. Kita mesti bersatu padu bagi memastikan TN50 mencapai matlamat," kata beliau ketika ditemu ramah oleh Oriental Daily.

Bagi menjelaskan keputusan itu, tujuan syarikat makanan segera global itu berkata, ia adalah untuk menjamin status halal restorannya.

“Ia bagi memenuhi tuntutan kelayakan sijil halal kami,” menurut kenyataan syarikat berkenaan yang mengesahkan foto notis 'polisi halal kek hari jadi' yang menular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Polisi itu hanya membenarkan kek hari jadi yang mempunyai sijil halal Jakim dibawa masuk ke dalam premis McDonald’s. Lanjutan arahan yang dikeluarkan oleh McDonald's, ia terus menjadi perbincangan hangat di media sosial sehingga ada yang bersedia boikot premis itu sampai bila-bila.

Selain itu, terdapat pemimpin politik daripada MCA dan Gerakan turut mendakwa, larangan itu tidak munasabah dan perlu ditarik balik segera.