Menyentuh Hati, Baca Luahan Izhar, Pemandu Lori Yang Dipukul Teruk Bodyguard Datuk



Kuala Lumpur: “Saya tidak berdendam walaupun mereka tergamak membelasah saya sedemikian rupa,” kata pemandu lori yang dibelasah sekumpulan lelaki selepas terlanggar kereta milik lelaki bergelar Datuk di apartmen di Bukit Antarabangsa, 2.15 petang, Sabtu lalu.

Akibat daripada kejadian itu, mangsa yang yang hanya mahu dikenali sebagai Izhar, 25, menerima 13 jahitan bermula dari bawah telinganya hingga ke leher.

Menceritakan kejadian itu, Izhar berkata, kejadian berlaku sekitar 2 petang apabila dia cuba untuk keluar dari kawasan berkenaan.

“Selesai menghantar barang di situ, saya terus ke lori untuk keluar daripada tempat parkir. Namun ketika itu saya tidak menyedari sebuah kereta diparkir terlalu hampir dengan lori saya.

“Akibatnya saya terlanggar bahagian depan kereta terbabit sekali gus mencetuskan kemarahan pemandunya. Selepas itu saya dipukul bertubi-tubi oleh beberapa lelaki di situ,” katanya.

Menurutnya, dia yang berada dalam keadaan lemah kemudian dibawa oleh rakannya ke hospital berhampiran bagi mendapat rawatan.

“Biarlah polis melakukan kerja mereka. Saya pun bukan siapa-siapa, hanya pemuda yang mencari rezeki dengan memandu lori,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan polis sudah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.

"Walaupun kedua-dua pihak sudah bersetuju untuk menyelesaikan kes terbabit sendiri tetapi kita tidak boleh menerimanya. Tindakan dilakukan mereka seolah-olah negara ini tiada undang-undang.

"Saya mengarahkan Ketua Polis Daerah Ampang untuk mengesan mereka yang bertindak memukul pemandu lori berkenaan dan suspek juga sudah dikenal pasti,” katanya pada sidang media majlis Pelancaran Ops Selamat 10/2017 di Persada Plus, di sini.

Ramai Orang Ambil Mudah : Apakah Hukum Main Duit Kutu?



Baca & Sebarkan‼️


Kuliah Ustaz Azhar Idrus pada 14/1/2017 di Masjid Daerah Seberang Prai Tengah

Soalan :
Apakah hukum main duit kutu?

HARAM hukumnya sekiranya tidak menyatakan akad lafaz hutang kpd kawan-kawan.

Sekiranya kita penerima duit kutu pada bulan itu, kita perlu katakan :
"Saya berhutang kepada awak semua"

Sekiranya kita bayar bulan-bulan untuk kutu orang lain kita perlu katakan :
"Saya bayar hutang awak"

Manakala jika kita adalah orang terakhir yg dalam pusingan kutu, kita perlu berkata:
"Saya terima hutang awak semua kpd saya"

Sekiranya semua akad-akad ini dilafazkan maka hukum bermain duit kutu adalah HARUS.
**Jika tidak dilafazkan akad tersebut, hukumnya menjadi HARAM.

Tapi bagaimana dgn hukum main kutu yang dah lepas??

Mari beristighfar kepada Allah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu kerana jahil tidak tahu hukum tersebut. Wallahua'lam

#tag #like #share

Kredit:

Pengguna Jalan Raya Yang Kemalangan Tidak Perlu Ke Balai Polis Membuat Laporan Mulai Esok



Pengguna jalan raya terlibat kemalangan tidak lagi perlu ke balai polis untuk membuat laporan kerana ia boleh dilakukan di lokasi kejadian bermula esok, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.

Bagaimanapun, ia hanya melibatkan kemalangan kecil dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun menurut Khalid, pada masa ini kemudahan itu hanya melibatkan kemalangan dalam kawasan antara Plaza Tol Sungai Besi sehingga Plaza Tol Seremban di Lebuhraya Utara Selatan sahaja.

Beliau berkata unit penyiasat lebuh raya akan terus ke lokasi kemalangan sebaik menerima maklumat mangsa yang terlibat kemalangan kecil.

“Melalui kemudahan ini mangsa boleh terus membuat laporan kepada pegawai penyiasat di lokasi berhubung kemalangan yang berlaku,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Op Selamat 10/2017 bagi Perayaan Tahun Baru Cina di Subang.


“Mereka juga boleh mendapatkan laporan segera yang dibuat di lokasi kemalangan tanpa perlu ke balai polis. Ini adalah untuk memudahkan mereka terlibat agar tidak perlu membuang masa hadir ke balai polis,” katanya.

Sementara itu, beliau mendedahkan kemalangan jalan raya meningkat kepada 7,512 pada tahun lalu berbanding 6,076 pada 2015.

Menurutnya, 60% daripada jumlah itu melibatkan penunggang motosikal.

“Analisis kami mendapati mereka tidak mematuhi peraturan jalan raya.

“Walaupun tindakan undang-undang dilaksanakan ke atas pesalah trafik di mahkamah, namun ia masih gagal mendisplinkan pemandu negara ini yang membawa kebimbangan apabila tibanya musim perayaan.”

Kredit

Ketua Polis Negara Dedah Perkembangan Terkini Kes Pemandu Lori Dipukul.. Anda Boleh Tarik Nafas Lega!



Pihak Polis Di Raja Malaysia dilaporkan telah menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kes memukul seorang pemandu lori di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Sabtu lalu, lapor Berita Harian.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya kini masih memburu beberapa orang lelaki lain yang terlibat dalam kejadian ini.

"Kita telah mengenal pasti semua individu yang terbabit.

"Walaupun mereka yang terbabit mendakwa sudah menyelesaikan kes itu sesama mereka, kita tak terima...kita ada undang-undang dan kita tidak akan biarkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Pelancaran Op Selamat 10/2017 di Persada PLUS, di sini, hari ini.


Kredit berita: Siakapkeli

Aku Pegang La Gear. Lain Mcm Je Gear Ni. Aku TERKEJUT Bila Aku Tengok…


Nama aku Fatin. 7 tahun lepas masa umur aku 19tahun aku suruh abah daftar aku amik lesen kereta. Ok. Abah daftar la kat salah sebuah driving school yg femes kat selangor. Belajar sampai lulus.
1st class cikgu suruh biasakan main gear. Aku dah penah main gear sebab abah penah ajar. Lepas tu cikgu tu tengok aku mcm dah pro je. Dia kata jom la saya ajar jalan raya. Dlm ni penuh la. Aku cuak la. Tapi xpe la cikgu tu ajar.

ok la. Dah settle semua sesi pembelajaran. Tibalah masanya aku nak test jpj. Ok. Parking, bukit, 3 penjuru mmg meletops la aku buat. Sampai ade cikgu lain tu kata kat budak2 dia. Kamu buat mcm dia. Tengok dia berenti atas bukit mcm mana. Mesti la aku dengar sebab bukak tingkap time tu. Hehe. Pastu jalan raya pulak. Tadi dah poyo2 elok.

Jalan tak sampai 10 minit mati enjin. Jpj tu garang. Dia kata dah turun. So jpj tu yg drive balik. Makna kata failed la aku.

pastu masa dlm kereta nak balik. Cikgu tu kata kat aku. Pelajar saya semua lulus. Ade sorg je tak lulus. Hek elehhh perli pulak. Aku gelak je la. Pastu test ke2 jalan raya. Jpj garang dan gemuk. Jpj tu gemuk aku pun gemuk. Naik kereta kancil. Sesak ooo. Masa nak betul cermin belah jpj tu mmg tak sampai la tgn aku. Kalau sampai pun kene jpj tu. Lps tu jpj tu kata biar la saya buat. Awak tgk la nmpk ke tak. Ok.

tgh2 jln tu ade sorg jpj ngan student kereta rosak tepi jalan. Haa.. tempat aku belajar ni test jpj dia hari rabu ke ke khamis je ntah. Sehari je seminggu. Jpj aku suruh bg signal benti tepi tolong amik jpj dgn budak tu. Lagi la aku takut. Aku bawak 2 jpj. Aku masa tu memberikan fokus yang tak berbelah bahagi la. Ok. Alhamdulillah pegi balik aku drive. Selalunya kalau pegi balik kita drive potensi utk lulus tu tinggi. Jpj tu bagi borg markah. Nak hantar kat pejabat. Aku tak tgk sebab mmg rasa lulus dah. Happy je aku jalan.

masa sampai pejabat. Tengah tunggu turn. Aku teringat nak cek borg markah aku tu. Teka wei… aku gagal. Gila betul. Mmg aku bad mood. Mula la aku rasa nak baling sofa2 semua. Nyampah la. Aku call abah. Suruh abah amik. Taknak balik dengan cikgu. Abah kata gagal ke. Dgr suara pun tahu. Test jpj ke2 aku gagal !

Aku amik tarikh test ke3. Tapi masa tu aku dah masuk belajar. Aku mintak excuse. Lagi pun masa tu orientasi je. Aku balik buat 3rd test. Aku pegi la hari kejadian dengan harapan tinggi utk lulus. Ok aku dpt jpj hensem yg putih. Dia agak baik. Sebab masa aku tgh bwk tu dia kata jgn takut dik. Nanti nak bawak kereta tak boleh takut2. Dia je jpj yg ramah dengan aku sembang2. Aku mmg takut gila.

Sebab aku xde pegi kelas sblm test ketiga ni. Tengah takut2 tu aku kalut2 nak bawak kete nak tukar gear. Aku pegang la gear. Tapi mcm lain je gear ni. Aku pegang lagi. Serius mmg lain. Aku tgk la. Korang tau aku pegi pegang lutut jpj tu. Bongok je. Nak gelak takut. Jpj tu diam lps tu dia senyum. Dia kata. Kan saya dah kata jangan takut. Rilek2 je. Aku cakap sorry sorry encik. Saya tak sengaja. Dia kata. Xpe. Lain kali jgn takut sangat. Hati2. Aku diam. Gila kau. Takut aku.
lps tu jpj tu bg borg markah suruh hantar kat ofis. Aku dah tak konfiden lulus dah. Dah la aku buat hal tadi. Masa naik tangga ofis tu aku tengok gak la markah aku. Andddd…alhamdulillah yayyyyy aku lulus. Akhirnya, selepas 3 kali test… fuhhhhh.

Buat adik adik yang nak amik lesen tu kakak manis nak ucapkan good luck. Jgn ko pegang pulak lutut jpj tu.

Fatin via IIUMC.com
(Gambar hiasan)